Tuesday, 19 April 2011

Tip, Teknik dan Panduan Pengiklanan

Pengiklanan merupakan satu faktor penting dalam pemasaran produk. Sekarang ini terdapat pelbagai cara untuk mengiklan. Antaranya :
1. Melalui laman web,
2. Melalui forum, emel dan sebagainya,
3. Melalui iklan di TV, akhbar, majalah dan sebagainya,
4. Melalui pamplet, sales letter, kad bisnes.

Tetapi, saya melihat amat kurang pengiklanan melalui :-
1. Kenderaan seperti bas, kereta, motor dan sebagainya;
2. Pakaian seperti t-shirt, topi dan sebagainya;
3. Tempat awam (perlu dapatkan kelulusan PBT) seperti tandas awam, bangku awam, stesen bas dan sebagainya,
4......apa lagi, cuba bagi idea dan sama - sama kita bincangkan bersama...

Namun begitu, pengiklanan harus dilakukan secara beretika dan mengikut peraturan. Pengiklanan secara tidak beradab dan tidak sesuai akan merosakkan reputasi khususnya reputasi kita rakyat malaysia yang sinonim dengan adab sopan.........

p/s - Mari kita semua bincangkan secara ilmiah dan beradab supaya boleh menjadi rujukan kepada mereka - mereka yang ingin tahu. 

Saturday, 5 March 2011

PENGIKLANAN ADALAH PENTING DALAM STRATEGI PEMASARAN!!! MAHU atau TIDAK!!! tetapi FUNGSI PENGIKLANAN dan FUNGSI PEMASARAN SALING BERKAIT RAPAT!!!!!!

saya fikir ramai di luar sana MINAT dan INGIN MENCUBA untuk melakukan Pengiklanan…Maklumlah, produk dan servis dah ada…tapi kalau orang tak tahu….tidak ada ertinya….. Anda tidak perlu risau lagi kini pelbagai cara boleh dilakukan….dari kempen yang percuma sehinggalah kepada…..yang berbayar. Memang sudah jelas, ramai yang ingin mencuba dan terus mencuba!!! YA!!!
Terpulanglah kepada individu atau kumpulan atau orginisasi untuk melakukan bagaimana cara memasarkan barangan dan perkhidmatan, namun secara tidak langsung PENGIKLANAN telah berlaku secara tanpa disedari…Taktik memasarkan itu sendiri merupakan PENGIKLANAN!!!
Kepada yang masih samar-samar….tetapi berminat….anda boleh!! boleh mulakan sekarang!!!
MASALAH-MASALAH yang sering dihadapi sewaktu ingin memulakan perniagaan melalui ‘ONLINE’ dan ‘offline’  ialah:
  • Tiada idea
  • Kurang Kemahiran
  • Tiada Pengetahuan tentang penggunaan It, Grafik, Database
  • Takut Gagal
  • Tidak Percaya kelebihan dan kemampuan Sendiri
  • Tidak perlu anda risau lagi dengan adanya SERVIS kami di Endless Ads....Percayalah kami mampu membantu anda....
  • Apa lagi!!! promosikan produk dan perkhidmatan anda dengan pengiklanan bersama kami!! Maklumkan pada umum!!!

Wednesday, 2 March 2011

Full Colour Namecard for RM6 per box

We offer full colour name card RM6 per box, (please choose your own design and
delivery methods)

Choose your payment method:
1)Cash On Delivery
2)Cheque
3)Cash
4)Online Banking
5)Credit card or Debit card
6)Paypal

We Print It
1)Collect your order at our office.
2)We deliver to you at your doorstep.

*Get easy monthly payments scheme for the selected credit card up to 24 months

Flyers with Colour 500pcs for RM25

Print Flyers A5 size, 500pcs quantity, with colour, for RM25 Only.
(choose your own design and delivery methods)

Choose your payment methods:
1)COD
2)Cash
3)Online Banking
4)Cheque
5)Credit Card
6)Paypal

We print:
1)Collect at our office OR
2)We deliver to your doorstep

*Get easy monthly payments scheme for the selected credit card up to 24 months

Taxi advertising for SMEs bumiputra

Tired to advertise the same way? We now collaborate with Majlis Amanah Rakyat
(MARA) to give an exciting ads to boost your business.

SMEs Bumiputra Rate:
RM 0.85cent per taxi daily

Term n condition:
Must be SMEs and Bumiputra

License Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) is included, however
there's 5% govt tax excluded.

*There are monthly payments for the selected credit card up to 24 months

Thursday, 24 February 2011

....6 Faktor pengiklanan yang berkesan.....

Sesetengah usahawan beranggapan pengiklanan merupakan pembaziran sekiranya perniagaan kita masih belum berkembang maju.  Ramai yang takut membeli iklan kerana khuatir iklan tersebut tidak berkesan.  Sebenarnya sesebuah iklan berkesan atau tidak disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.  Berikut adalah 6 faktor yang boleh membantu anda untuk melakukan pengiklanan yang lebih berkesan.
1. Pilih medium yang sesuai
Kadang kala disebabkan ingin menjimatkan belanja usahawan tidak memikirkan tentang medium yang digunakan sama ada berkesan atau tidak.  Mereka lebih suka menggunakan cara forum dan komen blog orang lain serta beriklan di portal pengiklanan percuma kerana tidak mahu mengeluarkan belanja.  Masalahnya bukanlah terletak pada percuma atau berbayar, sebaliknya adakah sasaran anda melihat iklan di tempat yang anda letakkan itu. Iklan yang berbayar sekali pun kalau tidak dibaca oleh bakal pengguna tidaklah berguna dan begitu juga sebaliknya.
2. Jangan buat tanggapan salah
Ramai yang fikir dia tidak suka sesebuah website merasakan orang lain tak suka juga, jadi akibatnya dia tidak mahu meletakkan iklan di website tersebut.  Ada kemungkinan website yang anda tidak minat itu diminati oleh ramai orang yang berpotensi untuk produk anda. Jadi jangan fikirkan tentang diri anda, sebaliknya fikirkan tentang pelanggan anda.  Jangan juga fikirkan semua orang membaca website yang sama.  Ada baiknya anda bertanya kepada pemilik website apakah jenis orang yang melawat website mereka supaya anda boleh menentukan website mana yang hendak digunakan.
3. Ketahuilah tenang pelanggan dan prospek anda.
Anda boleh mengetahui tentang pelanggan anda dengan cara melakukan kaji selidik, tapi sebaik-baiknya jangan buat terlalu jelas.  Anda boleh melakukan melalui pertandingan, iaitu pelanggan anda diminta mengisi beberapa maklumat penting untuk menyertai pertandingan tersebut.  Dengan cara ini anda boleh menggunakan maklumat yang diperolehi untuk membuat perancangan masa depan yang lebih teliti.
4. Berikan yang percuma
Adakalanya kenyataan anda terhadap produk anda dianggap oleh pengguna sebagai dakwaan semata-mata.  Oleh sebab itu ada baiknya juga anda memberikan produk percuma untuk dijadikan testimoni oleh para pengguna.  Testimoni biarlah simpel, iaitu menerangkan kenapa mereka sukakan produk anda. Jadi ini lebih memudahkan pelanggan anda membuat pilihan mereka.
5. Dapatkan feedback
Ada baiknya juga anda bertanya kepada pelanggan anda dari mana mereka mengetahui tentang iklan anda.  Tanya juga kepada mereka sama ada mereka mengalami sebarang masalah untuk mengetahui tentang iklan anda tersebut.  Sekiranya pelanggan anda menyatakan masalah, cuba dengar dengan baik.  Sekalipun anda tidak setuju, jangan tunjukkan dengan sikap keras.  Ini kerana maklumat yang mereka berikan amatlah bermakna.
6. Arahan biar jelas
Arahan pada iklan anda haruslah jelas seperti, di mana pelanggan boleh membeli barang anda.  Bagaimana mereka boleh membeli dan sebagainya.  Ini kerana pelanggan tidak mahu membuang masa dan kredit telefon mereka untuk bertanya anda soalan-soalan tersebut sebaliknya mereka inginkan maklumat yang segera.